Manusia mana yang boleh berdiri dengan sendiri? Kau perlu support system. Perlu pada assurance. Perlu pada manusia secara am.
Macam nilah, contoh. Kalau kau nak hidup, kau perlu pada give and take. Transaction. Pada 'aku ada barang ni dan kau ada barang tu, jom tukar'. Pada 'aku pandai buat donat, kau pandai buat nasi lemak, jom tukar'. Pada 'aku pandai buat video, kau pandai buat skrip, jom collaborate?'. Ah, kau faham lah kan.
Itu dalam bab exchange. Tapi ramai yang tak ambil port bab lagi satu ni iaitu bab pujuk memujuk. Woi, geli lah, pujuk memujuk menda? Haa, tenang, tenang. Baca sampai habis dulu.
Ok, selama ni lah kan. Selama kau hidup ni, ada tak kau rasa macam, teruk sangat sampai tak nak teruskan hidup. Nak duduk dekat celah almari dan biar hidup berlalu tanpa kau. Busuk-busuk pun, kau tak nak bangun dari katil. Nak tidur, tidur dan tidur. Sama ada kau kecewa dengan hidup, kecewa dengan diri sendiri, atau kau cuma rasa, 'aku dah tak boleh lagi'.
Dekat sinilah wa cakap lu, kawan main peranan. Kawan, keluarga, semualah. Kau tengok Rasulullah sendiri, masa dia turun dari Gua Hira' daripada dapat Wahyu pertama. Pestaim dia tengok Malaikat Jibril. Bergigil badan dia, takut. Makhluk apa yang baru peluk dia tadi dan suruh dia baca? Balik rumah, dia cakap dekat Khadijah,
"Selimutkan aku"
dalam Rasulullah keadaan terkejut macam tu, apa Khadijah buat? Khadijah bagi assurance pada Rasulullah dan ingatkan dia tentang kebaikan-kebaikan yang ada pada Rasulullah. Khadijah sebut pada Rasulullah,
“Demi Allah, Dia sesekali tidak akan menyusahkanmu kerana engkau sentiasa menghubungkan silaturahim, menanggung orang yang memerlukan, menghormati tetamu, membantu si fakir, sentiasa bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa kesusahan. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. ”.
This goes to show what?
Semua manusia, hatta Nabi Muhammad SAW sendiri pun perlu pada support system. Pada assurance. Jadi kau, kau dan kau yang biasa-biasa je ni, toksah lah dok fikir yang kau boleh hidup sorang-sorang dan kau tak perlu jugak rasa macam loser bila kau rasa perlu pada assurance kawan-kawan kau. Ini normal. Sebab apa? Sebab kita manusia.
Keluarga pulak, ni che nak habaq mai sikit. Mak aku selalu cakap,
"Family comes first because in the end, all you have left is family."
Berapa banyak je kau kira yang ada kat dunia ni manusia yang sedarah dengan kau? Sama DNA, sama genetik, sama Mak, sama Ayah, bahkan kadang-kadang tu sama rupa. Keluarga ni kan, istimewa dia lain sikit tau, sebab, mana-mana kau lari pun, keluarga tetap keluarga. Kalau kawan tu, boleh je dia menghilang 5 tahun dan tup tup, dia dah bukan kawan kau. Dia tak contact kau lagi lepas sekolah menengah, jumpa kat LRT, kau pun buat tak tahu je. But when it comes to family, the bond will never fade. There is no such thing as, he is no longer my family. Kau kena buang keluarga sekalipun, diorang tetap keluarga kau. Nothing in the world can change that.
Jadi harini, aku nak ingatkan kau dan kau dan kau dan kau tentang satu benda. Kita hidup kena bermasyarakat. Jangan duduk sorang-sorang. Keluar dan bergaullah. Kenal orang. Kenal cara nak berinteraksi dengan jenis-jenis orang. Cari kawan, buat kawan. Jaga hubungan. Aku tau kau rasa macam hidup sorang tu lagi senang. Tapi masalahnya, kita memang dah diprogram untuk hidup perlukan orang. Kalau kau jadi abid yang bertapa dekat masjid siang malam pun tak boleh jugak. Macam ada satu cerita ni,

Suatu hari ketika beri’tikaf di masjid Nabawi, Abu Hurairah mengetahui ada seseorang di duduk bersedih di pojok masjid. Abu Hurairah pun menghampirinya dan menanyakan ada apa gerangan hingga ia tampak bersedih. Setelah mengetahui masalah yang menimpa orang itu, Abu Hurairah pun segera menawarkan bantuan.
”Mari keluar bersamaku wahai saudara, aku akan memenuhi keperluanmu,” ajak Abu Hurairah.
"Apakah kau akan membatalkan i'tikaf demi menolongku?" tanya orang tersebut terkejut.
”Ya. Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sungguh, berjalannya seseorang di antara kamu untuk memenuhi kebutuhan saudaranya, lebih baik baginya daripada i'tikaf di masjidku ini selama sebulan.”

(Sabda Rasulullah SAW itu diriwayatkan oleh Thabrani & Ibnu Asakir. Dishahihkan Al Albani dalam As-Silsilah As-Shahihah.)
Jadi, aku nak cakap kat sini. Tak payahlah sombong-sombong, rasa kau boleh buat semua sendiri. Boleh hidup sendiri. Assurance itu perlu. Kawan itu perlu. Keluarga itu perlu. Dan masyarakat tu sendiri, perlu. Sebab apa?
Sebab kita manusia. :)
Sebab kita manusia. :)