Kebaikan itu sifatnya berantai-rantai. Bila kau buat satu kebaikan, beri makan orang susah misalnya, kebaikan itu akan dipanjangkan pula kepada kucing jalanan yang kelaparan. Sama ada dihulurkan tulang atau dikongsikan makanan.
Bila kau buat satu-satu kebaikan itu, dengan niat untuk membahagiakan orang lain, insyaAllah, impaknya pada hati beza dengan kau membuat sesuatu secara paksa dan bermasam muka. Bila kebaikan kau sudah terkesan pada hati, timbul rasa bahagia. Bahagia yang makamnya lebih tinggi daripada gembira.
Pernahkah kau, tak punya duit, lalu datang seorang individu misteri membelanja tanpa kau tahu dia siapa. Rasa bahagia itu bikin kau mahu beri orang lain rasa yang serupa di saat kau pula yang mampu. Kemudiannya, barangkali dalam hati orang yang kau belanja makannya pula akan timbul niat yang sama. Dan lagi, dan lagi, dan lagi kemudianya hingga tersebar luas kebaikan di seluruh dunia. Hebat kan? Penangan satu kebaikan?
Jangan kau fikir wang kertas saja ada 'money creation'. Kita manusia pun ada 'pahala creation'. Hehe.
Kebaikan itu sifatnya berantai-rantai. Maka di sini aku seru, kita semua untuk pilih jalan membahagiakan orang lain. Kerana pasti, kau juga mahu yang sama jika kau di tempat mereka. Tak mampu dari wang, kau bayar dengan pertolongan. Tak mampu dengan pertolongan kau tampung dengan pujian. Tak mampu dengan pujian kau bahagiakan dengan senyuman. Moga-moga rantaian kita ini kan bawa kita sama-sama menuju Syurga. Dengan izin Allah.
Sekian, moga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment